TIP & TRIK BELAJAR DI UNIVERSITI

Assalamualaikum

sekian lama berdiam diri dengan melayani kesibukan bulan ramadhan dan aidilfitri, hari ini saya luangkan sedikit masa berkongsi tip dan trik belajar di universiti.  sesungguhnya tip dan trik ini saya amalkan semasa menerajui komuniti al ansar sehingga mampu memartabat semula kualiti pencapaian akademik mahasiswa melayu muslim semasa itu. semoga tuan puan pembaca tip dan trik ini akan mendapat manfaatnya. terima kasih

1) matlamat masuk universiti?
selalunya perjumpaan pertama saya dengan anak2 melayu, saya akan bertanya apa tujuan anda masuk universiti. akan ada 1001 jawapan yang akan keluar. semuanya betul dan tiada yang salah. tapi saya selalu bergurau dengan mereka "setakat cita2 nak masuk universiti, jadi tukang kebun pun boleh masuk universiti, ada iklan perjawatan - mohon - dapat kerja - masuk universiti. boleh? hehe

saya selalu tekankan kepada mahasiswa melayu bahawa tanamkan dalam diri "aku berjaya masuk universiti dan aku janji akan keluar sebagai mahasiswa cemerlang akademiknya". sebelum2 ini pada zaman saya dan sebelumnya masuk universiti ibarat sudah berjaya dalam hidup. sedangkan hakikatnya berapa ramai yang Lulus Bersyarat (LB) dan Gagal Berhenti (GB)? itu belum dikira yang bergraduat dengan hanya cukup2 makan. saya sudah bekerja di 22 tempat dan temuduga setentunya lebih daripada 22 tempat itu. bayangkan anda sedang menunggu untuk ditemuduga. bersama2 anda ada lagi 5 orang calon. apabila berborak2 5 orang calon lain sekadar 2 pointer dan anda sahaja 3 pointer. kerja belum tentu anda dapat tapi rasa konfiden untuk menghadapi penemuduga adalah lebih baik berbanding calon2 yang lain. percayalah.

mungkin akan ada yang akan bercakap "alah, 3 pointer belum tentu pandai buat kerja". ok, bayangkan anda sebagai majikan pula. anda ada 6 calon untuk ditemuduga. semua fresh dan soft skill semua sama. beza hanya seorang calon yang 3 pointer. maka siapa yang anda pilih? semestinya untuk kebaikan syarikat anda akan pilih yang terbaik akademik. untuk pengetahuan bakal2 calon pemohon kerja kelak, sekurang2nya jika result akademik anda baik berbanding calon2 lain, itu sahaja sudah mempengaruhi 50% markah semasa ditemuduga.

saya bekerja di banyak tempat, menjadi penyelia pelajar praktikal dan juga majikan. pada pandangan saya pelajar yang keputusan akademik baik ini biasanya terdiri daripada insan yang rajin, tekun berusaha dan mendengar kata. bagaimana mereka boleh buat secara teori, maka perkara yang sama mereka boleh lakukan semasa bekerja. berikan sedikit masa dan latihan, orang2 akademik baik ini akan memberi prestasi kerja yang amat baik dan boleh diharap .

2) belajar ikut resmi berniaga
dalam perniagaan ada 1 undang2 yang anda kena patuhi iaitu "kurangkan kos untuk maksimumkan keuntungan". perkara yang sama boleh anda lakukan semasa belajar iaitu "kurangkan masalah dan maksimumkan prestasi akademik". semakin banyak masalah yang anda bawa dan fikirkan, maka semakin jauh diri anda daripada kejayaan akademik.

dalam bab2 sebelum ini saya ada senaraikan masalah2 yang biasa akan dihadapi oleh mahasiswa. oleh itu ingat pesan saya ini. jika anda hadapi satu2 masalah anda ada 2 pilihan "lari atau selesaikan masalah tersebut". ok saya bagi contoh masalah yang anda boleh lari dan yang perlu anda selesaikan:

lari daripada masalah:
* ada awek datang ngurat - anda boleh lari
* ada member ajak bersosial/enjoy katak - anda boleh lari
* sebaran penyakit di fakulti - anda boleh elakkan dari kawasan2 tersebut atau makan antibiotik, jaga kesihatan
* ada model smartphone yang terbaru - anda ada pilihan untuk tidak membeli dan sebaliknya menggunakan hp anda sedia ada

hadapi masalah:
* awek sedia ada buat hal - pujuk/cakap dengan awek tu. u boleh buat hal/merajuk tapi tunggu kita habis belajar dulu. hehe
* anda perokok, sosial - selesaikan masalah anda, insaf dan berubah
* anda menghidapi penyakit - dapatkan ubat/rawatan di Pusat Kesihatan Universiti
* masalah kewangan - dapatkan bantuan daripada badan2 yang bertanggungjawab. jumpa pihak HEP/HEM, baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat