There was an error in this gadget

Monday, 11 April 2011

REVOLUSI PEMAJUAN AKADEMIK MAHASISWA MELAYU MUSLIM DI UNIVERSITI


* Keratan akhbar Kosmo bertarikh 3 Oktober 2006 menceritakan kisah kejayaan anak-anak Melayu bergraduat dengan Kelas Pertama dan juga majoriti di atas 3 pointer


* Blog ini disusun mengikut bab. Sila klik pada capaian bab di sebelah kanan
* Sebelum anda membaca lebih lanjut blog ini 1 perkara perlu diingatkan.  Ini bukan blog rasis.  Kita kena akui kaum Cina adalah yang paling maju dan terkedepan dalam akademik, sosial, politik dan ekonominya mengatasi lain-lain kaum di Malaysia.  Apa yang kami buat adalah meniru pakai budaya bangsa Cina dalam akademik dan menguruskannya dengan lebih baik dan sistematik.  Hasilnya boleh dilihat pada lanjutan maklumat di sepanjang blog ini.  Terima kasih - penulis


Tiada apa yang lebih membanggakan selain melihat anak bangsa cemerlang dalam akademik, setaraf atau lebih baik daripada bangsa-bangsa lain di Malaysia.  Selama ini kita sering dimomokkan oleh kelemahan mahasiswa Melayu Muslim di universiti.  Antara istilah yang popular dilemparkan kepada mahasiswa Melayu adalah:

- Melayu Bodoh/Cukup Makan
- Melayu Lembab/Pasif
- Melayu Kuota/Subsidi

Lebih menyedihkan istilah-istilah ini dilemparkan tanpa cadangan atau tindakan yang boleh digunakan untuk membaiki prestasi akademik mahasiswa Melayu di universiti.  Sebenarnya Kementerian Pengajian Tinggi amat mengambil berat akan masalah mahasiswa Melayu ini tetapi setakat ini belum ada jalan penyelesaian terbaik yang ditemui.

Oleh itu menerusi blog ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca rahsia yang tersimpan sekian lama bagaimana ingin melahirkan mahasiswa Melayu yang kompetetif dan seterusnya mampu bersaing dengan mahasiswa bangsa lain terutamanya Bangsa Cina dalam pencapaian akademik.  Rahsia ini telah terbukti 100% berkesan dan teruji manfaatnya sehingga ke hari ini.

Pertamanya penulis ingin menerangkan kenapa penulis memilih tajuk "Melayu Elit Di Universiti" bagi nama untuk blog ini?.  Untuk pengetahuan pembaca, di zaman penulis melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, kami anak-anak Melayu banyak belajar sendiri-sendiri dan tiada panduan.  Tiada senior menjaga kami, tiada siapa yang prihatin nasib kami, tiada kelas tambahan dan paling penting tiada siapa yang menyedarkan kami betapa pentingnya mendapatkan result terbaik apabila bergraduat.  Oleh itu tajuk blog ini dipilih kerana pengalaman penulis menjaga 2 kumpulan anak Melayu dari tahun 2003 sehingga 2006.

Komuniti Al-Ansar, nama persatuan yang penulis uruskan bermatlamat membantu anak-anak Melayu untuk mendapatkan keputusan akademik terbaik di peringkat universiti.  Kenapa penulis prihatin dengan masalah ini akan dibincangkan pada tajuk yang lain.  Yang penting dimaklumkan bahawa Komuniti Al-Ansar ini dimulakan dengan kumpulan pelajar Melayu Muslim Jabatan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat, UPM ambilan Mei 2003.  Jumlah pelajar yang dijaga adalah lebih kurang 60 orang.  Jumlah yang tidak ramai ini diambil sebagai sampel pertama dan memudahkan untuk penulis menjaga mereka memandangkan usaha penulis ini dijalankan secara berseorangan dan tiada dana dari pihak luar.  Alhamdulillah selepas setahun komuniti ini dijalankan dengan jayanya maka pada tahun kedua komuniti ini diperluaskan ke seluruh  Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat, UPM meliputi Jabatan Sistem Maklumat, Jabatan Multimedia, Jabatan Sistem Komputer dan Jabatan Rangkaian.  Perluasan komuniti ini dibantu oleh ahli-ahli komuniti yang lebih senior dari Jabatan Sistem Maklumat yang telah naik ke semester 3 semasa itu.

Dan akhirnya dengan sokongan pelbagai pihak, Komuniti Al-Ansar dapat berjalan dengan baik dan tersusun sehingga menjadikan prestasi akademik anak-anak Melayu di Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat naik mendadak jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar sebelumnya.  Statistik dan analisa pencapaian akademik para pembaca boleh rujuk di bab-bab seterusnya yang berkaitan.   Dengan keputusan akademik yang memberangsangkan, penyertaan ke dalam Golden Key Club dan Kelab Al-Biruni adalah satu pengiktirafan kepada Komuniti Al-Ansar dalam memartabat akademik anak-anak Melayu pada masa itu.  Sehinggakan ahli-ahli komuniti ini boleh dianggap sebagai "Elit Melayu di UPM" pada masa tersebut.  Mereka elit bukan sebab mereka anak orang kaya atau orang-orang kebesaran, tetapi status elit pada mereka kerana pencapaian akademik yang amat baik sehingga pada masa itu FSKTM menjadi salah satu fakulti terbaik di UPM.  Bukan itu sahaja, ahli-ahli komuniti juga dididik amalan persaudaraan sesama Islam, tidak berpecah belah, berakhlak mulia dan menghormati orang lain terutamanya para pensyarah yang mencurahkan ilmu kepada mereka    


KISAH KEJAYAAN

Bagi memberi perangsang kepada pembaca, sewajarnya penulis berkongsi apakah kejayaan yang dikecapi oleh 2 kumpulan anak-anak Melayu ini setelah mereka bergraduat pada tahun 2006 dan 2007.  Pencapaian mereka ini merupakan perintis kejayaan anak-anak Melayu.  Ianya sudah cukup membuktikan anak-anak Melayu ini juga kompetetif dan mampu bersaing dengan bangsa lain terutamanya Cina jika mereka ditunjukkan jalan kejayaan

Bagi memberi kesedaran dan penerangan yang jelas penulis akan membandingkan pencapaian anak-anak Melayu dahulu dan selepas perlaksanaan aktiviti oleh Komuniti Al-Ansar.  Pembaca akan dapat melihat bahawa penambahbaikan ini amat ketara terutamanya di peringkat kejayaan merangkul Ijazah dengan Kelas Pertama dan juga jumlah/peratus anak Melayu yang bergraduat dengan 3 pointer ke atas

Sekadar perbandingan.  Jadual di bawah adalah statistik Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2001.  Daripada jadual di bawah ini kita akan dapati bahawa peratus siswa Bumiputera yang mendapat Kelas Satu adalah amat rendah jika dibandingkan dengan siswa Bukan Bumiputera



Prestasi Keseluruhan
Tahun
Kelas
Bumiputera (%)
Bukan Bumiputera (%)
1995
Kelas Satu
Kelas Dua Atas
0.32
19.9
2.11
19.02
1997
Kelas Satu
Kelas Dua Atas
0.40
21.12
2.56
21.67
1999
Kelas Satu
Kelas Dua Atas
0.11
17.94
1.16
21.06
 Jadual 1 : Peratus Pencapaian Pelajar Bumiputra dan Bukan Bumiputra 
 
(Sumber: Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia -2001)


Merujuk  kepada jadual di atas sudah cukup menunjukkan betapa seriusnya masalah pencapaian mahasiswa Melayu di pusat pengajian tinggi.  Dan ianya lebih ketara di bidang-bidang sains dan teknologi. Bagaimanakah mahasiswa Melayu ingin bersaing di pasaran kerja jika keputusan akademik mereka tidak memuaskan seperti ini?



Statistik Untuk Jabatan Sistem Maklumat, FSKTM Sahaja (2003, 2006 dan 2007)


2003
2006
2007

Jumlah
Pelajar
Peratus
%
Jumlah
Pelajar
Peratus
%
Jumlah
Pelajar
Peratus
%
Kelas Pertama
0
0
5
7.46
10
14.5
Kelas Kedua Tinggi dan Ke Bawah
33
100
62
92.54
59
85.5
JUMLAH
33
100
67
100
69
100


2003
2006
2007

Jumlah
Pelajar
Peratus
%
Jumlah
Pelajar
Peratus
%
Jumlah
Pelajar
Peratus
%
3.00 Pointer dan Ke Atas
10
30.3
64
95.5
60
86.95
2.99 dan Ke Bawah
23
69.7
3
4.5
9
13.05
JUMLAH
33
100
67
100
69
100

Pembaca bandingkan pula dengan statistik di atas.  Statistik ini hanya dihadkan untuk satu jabatan sahaja iaitu Jabatan Sistem Maklumat, FSKTM.  Pada zaman penulis bergraduat tahun 2003 tiada seorang pun anak Melayu yang bergraduat dengan Kelas Pertama (pointer 3.75 dan ke atas).  Ahli komuniti kumpulan pertama yang bergraduat pada tahun 2006 mempunyai 5 orang wakil yang mendapat Kelas Pertama.  Manakala pada tahun 2007 seramai 10 orang anak Melayu Jabatan Sistem Maklumat, FSKTM yang bergraduat dengan Kelas Pertama.

Daripada jadual di atas juga kita akan dapat melihat peningkatan senarai anak Melayu yang bergraduat dengan 3 pointer ke atas daripada 10 orang (30.3%)  pada tahun 2003 kepada 64 orang (95.5%) dan menurun kepada 60 orang (86.95%) pada tahun 2007.  


* maklumat lanjut pencapaian mahasiswa Melayu ini boleh didapati pada Bab Pencapaian dan Analisis


2 keratan akhbar di bawah sudah cukup menceritakan betapa mudahnya anak-anak Melayu mencapai keputusan cemerlang dalam akademik di peringkat universiti jika mereka benar-benar dibimbing dan ditunjuk jalan kejayaan.  Dan pembaca bayangkan ini baru usaha 3 tahun, bagaimana usaha ini diteruskan lagi? Sepastinya kita akan melihat mahasiswa-mahasiswa Melayu Muslim akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mahasiswa bukan Melayu terutamanya mahasiswa berbangsa Cina (Sila baca: Bangsa Cina adalah yang paling maju akademik, sosial, politik dan ekonominya di Malaysia). 



* Keratan akhbar Berita Minggu bertarikh 26 Ogos 2007 menceritakan tentang kejayaan anak-anak Melayu kumpulan kedua Al-Ansar di mana 3 dari 6 orang yang menjadi Pemenang Hadiah Universiti Bagi Konvokesyen UPM Ke-31 adalah dari FSKTM UPM  - sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


























































*BACAAN TAMAT