PROFAIL PENULIS

* maaf disebabkan penggunaan bahasa yang tidak formal dan bercampur2. akan diperbaiki kemudian.


salam semua,

disebabkan hari ni saya balik lambat dan jalan pulak jem baik kiranya saya menulis sedikit sebanyak mengenai profail penulis.  profail ini ditulis kerana ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman penulis semasa mewujudkan, menjaga dan mendidik ahli-ahli komuniti satu pada masa dahulu. yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.

jika anda bertanya saya bagaimana saya mendapat idea untuk mewujudkan komuniti ianya adalah satu sejarah yang amat panjang. bermula sejak zaman penulis mengambil diploma pemasaran di kolej islam melaka dahulu (1996-1999).

selanjutnya pada tahun 2000 penulis ditawarkan melanjutkan pengajian di upm dalam bidang sains komputer (kejuruteraan perisian). itupun selepas mohon 2-3 kali baru dapat - mungkin sebab penulis dari bidang lain semasa diploma.

semasa di upm penulis mula belajar bergaul dengan semua orang dan bangsa. ini memandangkan penulis bersekolah di SMK(A) selama 5 tahun dengan semua pelajar lelaki. manakala di kolej islam penulis bergaul sesama melayu sahaja.
seronok masa di upm. terbaik dalam hidup penulis. penulis tinggal di kolej kediaman kesebelas (kk11). yang uniknya pada masa itu kolej sebelas diaturkan sebegini. tingkat 1 dan 2 untuk siswa manakala tingkat 3 sampai 7 untuk siswi. alhamdulillah semuanya ok tanpa masalah. dan pada masa itu pergaulan penulis dengan bangsa2 lain amat mesra memandangkan penulis ada memegang jawatan kecil2an di kolej kediaman.

walaubagaimanapun di peringkat fakulti pergaulan penulis (juga budak2 melayu yang lain) agak kurang dengan bangsa2 lain. ini mungkin disebabkan pencapaian akademik kami agak lemah dibandingkan dengan budak2 cina (budak2 india kurang masa tu). budak melayu duduk dalam kelompok melayu manakala budak cina duduk dalam kelompok mereka.

pada tahun ketiga pengajian penulis berpindah ke kolej 12 disebabkan masa tu kolej 10 dan sebelas diasingkan pelajar mengikut jantina. bilik single room. semasa di kolej 12 penulis kenal dan rapat dengan salah seorang pelajar cemerlang di fsktm pada masa iaitu lee ken tiong. kalau tak silap samada beliau ni grade dengan 4.0 ataupun beberapa kali dapat 4.0 sepanjang pengajian. berdasarkan pemerhatian penulis si ken ni bukan anak orang senang. masa mula2 pengajian beliau tunggang basikal sahaja ke fakulti atau library. sedangkan masa tu anak2 melayu rata2 bawa moto.tapi result dia jgn cakapla. tiap2 semester anugerah dekan. sampaikan masa tu menjadi bahan gurauan kami: "kalau ko nak 1st class, ko kena bawak basikal". begitulah kuatnya pengaruh ken pada budak2 melayu masa tu. mmg kami respek sangatlah dengan dia sebab result ultra power.

semasa di kolej 12 kebetulan blok kediaman penulis di L6 berdepan dengan bilik ken di L7. penulis di tingkat 3 manakala ken di tingkat 1. maka penulis nampaklah apa ken buat di bilik dia. rata2 malam selepas library tutup ken akan sambung belajar sampai tengah malam. sampai pukul berapa tak pasti lah sebab penulis biasanya akan tido sebelum pukul 12 (ni kes dah terbiasa peraturan asrama dulu). bila bangun subuh biasanya lampu bilik ken masih menyala dan boleh nampak bayang2 dia tengah study kat meja. bila dia tidur saya pun tak tau.

kebetulan pada masa tu ken ada buat side income jual aksesori handphone. penulis masa kat upm agak mewah sedikit sebab dapat 2 sponsor. selalu la beli aksesori hp dari ken. sambil tu himpit la tengok cara dia belajar. si ken ni mmg otai la baca buku. kira tukang rujuk kawan2 dia pada masa tu mcm ah boon, rakesh dan lain2. dan mereka mmg belajar sama2 dan skor sama2. tapi antara ramai2 mmg ken la yang paling power belajar dan paling top result dia.

penulis selalu juga lepak bilik ken. lepak saja tengok dia belajar sambil beli barang2 handphone. masa tu dia dah pakai kereta kancil. kira ok la bisnes bagus. sepanjang dalam setahun kenal dia banyak ilmu cara belajar yang penulis dapat. penulis ingat satu2 sampailah hari ini.

dan akhirnya kami konvo sama2. ken seperti yang diketahui memang grade dengan 1st class bersama beberapa orang kawan rapat dia termasuk rakesh (satu2nya budak india yang join group si ken ni). dan penulis macam biasalah mengamalkan konsep wasatiyah (kesederhanaan) sekadar 3 pointer (kelas 2 atas). apapun bersyukur apa yang dapat.
habis je belajar penulis ditawarkan menjadi research assistant (RA) di fakulti rekabentuk senibina UPM selama beberapa bulan dengan geran penyelidikan (fundamental research). dalam masa sama penulis bekerja sebagai penjual nasi lemak di pasar malam dari jam 6 petang sampai 10 malam. pukul 10 malam penulis sambung keje di petronas upm sebagai penjaga kaunter. kira masa tu 3 keje la 1 hari. 

ok sambung yang lain. nak dijadikan cerita penulis memang rapat dengan Prof Madya mohd hasan selamat. beliau masa tu ketua jabatan sistem maklumat. beliau dah mcm bapak penulis sendiri. penulis memang banyak terhutang budi dengan pm hasan selamat. dari penulis masuk upm, fail subjek programming sampai grade la tak terkira jasa beliau pada penulis. 

ikutkan pm hasan selamat ni mmg alert dengan akademik budak2 melayu ni. cerita beliau mmg beliau ada jaga sorang dua budak melayu yang berpotensi grade 1st class. tapi sorang dua la ramai2 tak larat nak jaga.

pada 1 petang tu penulis bertandang ke rumah pm hasan selamat. saja lepak2 minum. masa tu penulis beri cadangan untuk wujudkan 1 komuniti untuk jaga budak2 melayu. penulis ceritakan semua pengalaman penulis semasa berkawan dengan si ken yang buatkan semua ahli grup dia dapat 1st class. berbuih2 penulis cerita untuk konfidenkan pm hasan projek ni boleh berjaya. pm setuju. tapi masa tu penulis ingat lagi kami dah janji apapun yang berlaku there is nothing to lose. its just our effort that to make sure malay student can compete those chinese if we care them as well as chinese did 

maka pada semester pertama tahun 2003 penulis ditawarkan sebagai penunjuk ajar (demonstrator) untuk subjek pengaturcaraan 1 c++ (sak3101). penulis mengajar 2 kumpulan dari pengkhususan kejuruteraan perisian. habis 1st lab panggil semua budak2 melayu jumpa di dewan. di dewan penulis perkenalkan diri dan ceritakan projek yang penulis nak buat untuk mereka. penulis terangkan apakah matlamat, misi dan visi komuniti al ansar pada masa tu. penulis terangkan kertas cadangan mcm mana ingin melahirkan mahasiswa melayu cemerlang berdasarkan kertas cadangan asal. kertas cadangan asal penulis olah dari pengalaman penulis sendiri semasa menjadi siswa, pengalaman berkawan dengan ken, pengalaman pm hasan dan juga hasil pembacaan buku pemajuan akademik mahasiswa melayu yang diterbitkan oleh kustem

secara asasnya ada beberapa komponen penting dalam perlaksanaan program komuniti al ansar ni. antaranya ialah:
1) past year question
2) mind mapping note
3) kelas tambahan untuk killer subject
4) motivasi

4 komponen utama inilah yang dipegang penulis semasa menjaga anak2 melayu selama 3 tahun dahulu. untuk pengetahuan pembaca penulis tidak dibayar 1 sen pun untuk menjaga anak2 melayu ni. apa yang penulis buat adalah semata2 untuk membuktikan anak2 melayu boleh berjaya jika kita jaga mereka, bimbing mereka, ambil berat hal mereka dan selesaikan masalah mereka supaya mereka boleh tumpu pada pelajaran. even penulis selalu tekankan pada ahli2 komuniti " apapun u all nak buat, nak rempit, nak kapel, nak enjoy nak buat apapun tak kisah asalkan akademik no 1". ayat ni selalu penulis ulang2kan depan ahli komuniti sehingga penulis rasakan mereka faham apa yang penulis ingin dan maksudkan.

semasa menjaga mereka penulis bukan sahaja tidak dibayar gaji malahan duit sendiri kena keluar. setiap bulan sekurang2nya 3-400 kena kuar untuk tampung kos fotostat nota/soalan past year dan juga bayar gaji pengajar bagi killer subject (rm10 setiap jam). tapi masa tu tak kisah sebab pendapatan penulis sendiri 3-4k dan penulis bujang takde komitmen selain keluarga sahaja.

sebenarnya tahun pertama penulis jaga komuniti adalah zaman yang paling perit sebab kira 1st project yang belum nampak hasil. selepas setahun baru nampak result2 budak ni. penulis boleh jamin result 1st batch punya budak dari jabatan sistem maklumat masa tu lebih baik dari 3 jabatan lain di fsktm. dan bila terbukti berjaya baru nampak sokongan lain2 pihak untuk membantu dari sokongan moral dan juga kos perbelanjaan tenaga pengajar. lupa nak bagitau semasa penulis menjadi demonstrator tu penulis cuma mengajar 8 jam je seminggu. tapi seingat penulis, penulis akan berada di fakulti dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. jika tidak mengajar penulis akan berada di fakulti untuk setelkan apapun masalah ahli2 komuniti meliputi masalah pelajaran, kapel, duit dan lain2. kira merangkap kaunselor tak bertauliah la masa tu. matlamat penulis cuma satu, jika kita boleh setelkan masalah2 sampingan pelajar ni, mereka boleh concentrate pada pelajaran. teorinya mudah: dalam bisnes untuk untung besar u kena kurangkan kos ke tahap minimum. mcm tu jugak ngan study, kalo u bole kurangkan masalah, maka peluang untuk pelajar2 ni score akademik lebih tinggi. senang kan.

sebenarnya penulis jaga komuniti dengan penuh kasih sayang. seingat penulis selama hampir 3 tahun penulis jaga komuniti tak pernah penulis marahkan ahli2 komuniti ni. penulis ibarat abang kepada mereka. jika ada masalah bagitau, maka penulis akan cari penyelesaiannyya.

kenapa penulis jadi begini. sebab KEPERCAYAAN. sama la macam orang islam. jika kita percaya pada ALLAH dan nabiNya kita sanggup mati kerananya. kita sanggupkan korbankan nyawa kita bagi mempertahankan kesuciannya. sama juga dengan penulis. penulis PERCAYA komuniti al ansar boleh berjaya melahirkan anak2 melayu yang cemerlang akademik di peringkat universiti. jangan ditanya apa yang penulis korbankan untuk komuniti. duit, masa, tenaga sehingga benda yang paling berharga yang penulis ada pada masa tu penulis korbankan semata2 untuk memastikan matlamat komuniti ini berjaya. dan akhirnya apabila melihat anak2 melayu ini bergraduat dengan result yang cemerlang 1st class dan 3 pointer majoritinya, tiada kata2 yang penulis berikan melainkan syukur pada tuhan. sekurang2nya usaha 3 tahun itu berbaloi dan usaha penulis dan pm hasan selamat untuk membuktikan budak melayu juga boleh jadi scorer akademik tercapai. tak mengapalah walaupun hanya 3 tahun dan 2 kumpulan pelajar sahaja. sekurang2nya ada bukti. tidaklah kita menerima sahaja bila orang kata anak melayu ni malas dan bodoh. nampak remeh tapi itulah paras MARUAH orang MELAYU. 

perkara kedua yang merangsang penulis untuk mewujudkan komuniti ni adalah disebabkan pengalaman kerja penulis. seingat penulis dari lepas spm sampai sekarang penulis dah keje di 22 tempat berbeza-beza. ok penulis cuba recall balik 22 tempat keje tu k. sila semak di bawah:

1) Tanjung Bidara Beach Resort
2) Matsushita Refrigeration Industry Malaysia (MARIM)
3) KFC Masjid Tanah
4) Sinmah Food Industry
5) Restoran Mawarku
6) Golden Art Sofa Trading
7) Pasukan Simpanan Tentera Darat
8) Stesen Minyak Caltex
9) Hot & Chilled Marketing
10) Kilang Hualon
11) CEM Multimedia
12) Bio Media Laboratories
13) Stesen Minyak Shell
14) IOI Palm Garden
15) Kolej Kediaman Kesebelas UPM
16) Fakulti Rekabentuk Senibina UPM
17) Mastar Catering
18) Stesen Minyak Petronas
19) Sinar Jernih (M) Sdn Bhd
20) FSKTM UPM
21) KTIAM
22) JPA

majikan penulis dari semua kaum ada. melayu, cina, india. omputih dan jepun pun ada.  apa yang penulis nak simpulkan dari banyak2 pengalaman tempat kerja ni penulis pernah berjanji dengan diri penulis dulu, 1 hari kalau aku berjaya, aku akan tolong anak bangsa aku. aku taknak diorang susah macam yang aku tempuh ni. itu janji penulis dulu. 

memang zaman penulis dulu susah. selepas penulis bergraduat ramai kawan2 yang menganggur atau keje susah yang tak setaraf kelayakan. ada yang keje jadi balaci, ada yang keje pasang streamyx (bukan nak hina keje pasang streamyx, tapi kalo budak graduate dah keje pasang streamyx, budak spm yang patut dapat keje tu nak keje apa). penulis taknak junior2 penulis mengalami nasib yang penulis dan kawan2 alami. pada jangkaan penulis apa yang kami alami sebab rata2 result degree kami memang rendah. dan penulis percaya jika budak2 melayu boleh dapat result baik2 mereka akan dapat kerja yang baik2.

faktor ketiga yang merangsang penulis menubuhkan komuniti al ansar ini adalah kerana ingin membalas jasa baik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana bagi penulis biasiswa sepanjang penulis buat degree dulu.  bagi penulis, penulis tak mampu nak balas jasa JPA pada penulis melainkan penulis balas dengan jaga anak2 melayu di universiti. terima kasih banyak2 orang JPA kerana pilih penulis sebagai salah seorang penerima biasiswa. dan rezeki penulis bersama JPA bertambah lagi apabila ditawarkan bekerja dengan mereka. terima kasih banyak2 sekali lagi dengan orang2 di JPA kerana rezeki berganda ini.

hari ini di tahun 2011 bila penulis kenang2kan pengalaman menjaga anak melayu dulu. kalaulah hari ini penulis diberi gaji RM10K sebulan sekalipun untuk membuat benda yang sama memang penulis tak sanggup. selain faktor sudah bekeluarga dan mempunyai 2 orang anak, tenaga dan semangat penulis bukan seperti 8 tahun dahulu. umur pun dah banyak. biarlah orang kata penulis penakut dan lembik tapi memang penulis memang tidak sekuat dan segigih dulu. kalau dulu apapun penulis buat penulis tak perlu risaukan apa2 tapi hari ini penulis kena fikirkan keluarga dan anak2.

maafkan penulis jika penulisan ini terlalu panjang dan meleret2. diharapkan pembaca boleh mengambil benda yang baik dalam penulisan ini dan jauhkan jika ada benda yang tidak baik. bukan niat untuk menunjuk2 tetapi sekadar perkongsian penulis yang datang dari hati dengan bermatlamat memajukan akademik melayu.

terima kasih kerana sudi membaca sehingga akhir. nantikan ebook dari penulis yang membincangkan secara terperinci segala aktiviti, usaha, program, tips, petua dan lain2 berkenaan usaha penulis memajukan akademik anak melayu melalui platform komuniti al ansar ini.

terima kasih, terima kasih

wasalam

-ahmad ridzuan bin abdul talib
29 april 2011







*BACAAN TAMAT