
* Keratan akhbar Kosmo bertarikh 3 Oktober 2006 menceritakan kisah kejayaan anak-anak Melayu bergraduat dengan Kelas Pertama dan juga majoriti di atas 3 pointer
* Blog ini disusun mengikut bab. Sila klik pada capaian bab di sebelah kanan
* Sebelum anda membaca lebih lanjut blog ini 1 perkara perlu diingatkan. Ini bukan blog rasis. Kita kena akui kaum Cina adalah yang paling maju dan terkedepan dalam akademik, sosial, politik dan ekonominya mengatasi lain-lain kaum di Malaysia. Apa yang kami buat adalah meniru pakai budaya bangsa Cina dalam akademik dan menguruskannya dengan lebih baik dan sistematik. Hasilnya boleh dilihat pada lanjutan maklumat di sepanjang blog ini. Terima kasih - penulis
Tiada apa yang lebih membanggakan selain melihat anak bangsa cemerlang dalam akademik, setaraf atau lebih baik daripada bangsa-bangsa lain di Malaysia. Selama ini kita sering dimomokkan oleh kelemahan mahasiswa Melayu Muslim di universiti. Antara istilah yang popular dilemparkan kepada mahasiswa Melayu adalah:
- Melayu Bodoh/Cukup Makan
- Melayu Lembab/Pasif
- Melayu Kuota/Subsidi
Lebih menyedihkan istilah-istilah ini
dilemparkan tanpa cadangan atau tindakan yang boleh digunakan untuk membaiki
prestasi akademik mahasiswa Melayu di universiti. Sebenarnya Kementerian
Pengajian Tinggi amat mengambil berat akan masalah mahasiswa Melayu ini tetapi
setakat ini belum ada jalan penyelesaian terbaik yang ditemui.
Oleh itu menerusi blog ini penulis ingin
berkongsi dengan pembaca rahsia yang tersimpan sekian lama bagaimana ingin
melahirkan mahasiswa Melayu yang kompetetif dan seterusnya mampu bersaing
dengan mahasiswa bangsa lain terutamanya Bangsa Cina dalam pencapaian
akademik. Rahsia ini telah terbukti 100% berkesan dan teruji manfaatnya
sehingga ke hari ini.
Pertamanya penulis ingin menerangkan kenapa
penulis memilih tajuk "Melayu Elit Di Universiti" bagi nama untuk
blog ini?. Untuk pengetahuan pembaca, di zaman penulis melanjutkan
pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, kami anak-anak Melayu banyak
belajar sendiri-sendiri dan tiada panduan. Tiada senior menjaga kami,
tiada siapa yang prihatin nasib kami, tiada kelas tambahan dan paling penting
tiada siapa yang menyedarkan kami betapa pentingnya mendapatkan result terbaik
apabila bergraduat. Oleh itu tajuk blog ini dipilih kerana pengalaman
penulis menjaga 2 kumpulan anak Melayu dari tahun 2003 sehingga 2006.
Komuniti Al-Ansar, nama persatuan yang
penulis uruskan bermatlamat membantu anak-anak Melayu untuk mendapatkan
keputusan akademik terbaik di peringkat universiti. Kenapa penulis
prihatin dengan masalah ini akan dibincangkan pada tajuk yang lain. Yang
penting dimaklumkan bahawa Komuniti Al-Ansar ini dimulakan dengan kumpulan
pelajar Melayu Muslim Jabatan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer Teknologi
Maklumat, UPM ambilan Mei 2003. Jumlah pelajar yang dijaga adalah lebih
kurang 60 orang. Jumlah yang tidak ramai ini diambil sebagai sampel
pertama dan memudahkan untuk penulis menjaga mereka memandangkan usaha penulis
ini dijalankan secara berseorangan dan tiada dana dari pihak luar.
Alhamdulillah selepas setahun komuniti ini dijalankan dengan jayanya maka pada
tahun kedua komuniti ini diperluaskan ke seluruh Fakulti Sains Komputer
Teknologi Maklumat, UPM meliputi Jabatan Sistem Maklumat, Jabatan Multimedia,
Jabatan Sistem Komputer dan Jabatan Rangkaian. Perluasan komuniti ini
dibantu oleh ahli-ahli komuniti yang lebih senior dari Jabatan Sistem Maklumat
yang telah naik ke semester 3 semasa itu.
Dan akhirnya dengan sokongan pelbagai pihak,
Komuniti Al-Ansar dapat berjalan dengan baik dan tersusun sehingga menjadikan
prestasi akademik anak-anak Melayu di Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat
naik mendadak jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar sebelumnya.
Statistik dan analisa pencapaian akademik para pembaca boleh rujuk di bab-bab
seterusnya yang berkaitan. Dengan keputusan akademik yang
memberangsangkan, penyertaan ke dalam Golden Key Club dan Kelab Al-Biruni
adalah satu pengiktirafan kepada Komuniti Al-Ansar dalam memartabat akademik
anak-anak Melayu pada masa itu. Sehinggakan ahli-ahli komuniti ini boleh
dianggap sebagai "Elit Melayu di UPM" pada masa tersebut.
Mereka elit bukan sebab mereka anak orang kaya atau orang-orang kebesaran,
tetapi status elit pada mereka kerana pencapaian akademik yang amat baik sehingga pada masa itu FSKTM menjadi salah satu fakulti terbaik di UPM.
Bukan itu sahaja, ahli-ahli komuniti juga dididik amalan persaudaraan sesama
Islam, tidak berpecah belah, berakhlak mulia dan menghormati orang lain
terutamanya para pensyarah yang mencurahkan ilmu kepada mereka
KISAH KEJAYAAN
Bagi memberi
perangsang kepada pembaca, sewajarnya penulis berkongsi apakah kejayaan yang dikecapi oleh 2
kumpulan anak-anak Melayu ini setelah mereka bergraduat pada tahun 2006 dan
2007. Pencapaian mereka ini merupakan perintis kejayaan anak-anak
Melayu. Ianya sudah cukup membuktikan anak-anak Melayu ini juga
kompetetif dan mampu bersaing dengan bangsa lain terutamanya Cina jika mereka
ditunjukkan jalan kejayaan
Bagi memberi kesedaran dan penerangan yang
jelas penulis akan membandingkan pencapaian anak-anak Melayu dahulu dan selepas
perlaksanaan aktiviti oleh Komuniti Al-Ansar. Pembaca akan dapat melihat
bahawa penambahbaikan ini amat ketara terutamanya di peringkat kejayaan
merangkul Ijazah dengan Kelas Pertama dan juga jumlah/peratus anak Melayu yang
bergraduat dengan 3 pointer ke atas
Sekadar perbandingan. Jadual di bawah
adalah statistik Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan pada
tahun 2001. Daripada jadual di bawah ini kita akan dapati bahawa peratus
siswa Bumiputera yang mendapat Kelas Satu adalah amat rendah jika dibandingkan
dengan siswa Bukan Bumiputera
Prestasi Keseluruhan
|
|||
Tahun
|
Kelas
|
Bumiputera (%)
|
Bukan Bumiputera (%)
|
1995
|
Kelas
Satu
Kelas Dua
Atas
|
0.32
19.9
|
2.11
19.02
|
1997
|
Kelas
Satu
Kelas Dua
Atas
|
0.40
21.12
|
2.56
21.67
|
1999
|
Kelas
Satu
Kelas Dua
Atas
|
0.11
17.94
|
1.16
21.06
|
Jadual 1 : Peratus
Pencapaian Pelajar Bumiputra dan Bukan Bumiputra
(Sumber: Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia -2001)
Merujuk kepada
jadual di atas sudah cukup menunjukkan betapa seriusnya masalah pencapaian
mahasiswa Melayu di pusat pengajian tinggi.
Dan ianya lebih ketara di bidang-bidang sains dan teknologi.
Bagaimanakah mahasiswa Melayu ingin bersaing di pasaran kerja jika keputusan
akademik mereka tidak memuaskan seperti ini?
Statistik Untuk Jabatan Sistem Maklumat, FSKTM Sahaja (2003, 2006 dan 2007)
2003
|
2006
|
2007
|
||||
Jumlah
Pelajar
|
Peratus
%
|
Jumlah
Pelajar
|
Peratus
%
|
Jumlah
Pelajar
|
Peratus
%
|
|
Kelas Pertama |
0
|
0
|
5
|
7.46
|
10
|
14.5
|
Kelas Kedua Tinggi dan Ke Bawah |
33
|
100
|
62
|
92.54
|
59
|
85.5
|
JUMLAH |
33
|
100
|
67
|
100
|
69
|
100
|
2003
|
2006
|
2007
|
||||
Jumlah
Pelajar
|
Peratus
%
|
Jumlah
Pelajar
|
Peratus
%
|
Jumlah
Pelajar
|
Peratus
%
|
|
3.00 Pointer dan Ke Atas |
10
|
30.3
|
64
|
95.5
|
60
|
86.95
|
2.99 dan Ke Bawah |
23
|
69.7
|
3
|
4.5
|
9
|
13.05
|
JUMLAH |
33
|
100
|
67
|
100
|
69
|
100
|
Pembaca bandingkan pula dengan statistik di
atas. Statistik ini hanya dihadkan untuk satu jabatan sahaja iaitu
Jabatan Sistem Maklumat, FSKTM. Pada zaman penulis bergraduat tahun 2003
tiada seorang pun anak Melayu yang bergraduat dengan Kelas Pertama (pointer
3.75 dan ke atas). Ahli komuniti kumpulan pertama yang bergraduat pada tahun
2006 mempunyai 5 orang wakil yang mendapat Kelas Pertama. Manakala pada
tahun 2007 seramai 10 orang anak Melayu Jabatan Sistem Maklumat, FSKTM yang
bergraduat dengan Kelas Pertama.
Daripada jadual di atas juga kita akan dapat
melihat peningkatan senarai anak Melayu yang bergraduat dengan 3 pointer ke
atas daripada 10 orang (30.3%) pada tahun 2003 kepada 64 orang
(95.5%) dan menurun kepada 60 orang (86.95%) pada tahun 2007.
* maklumat lanjut pencapaian mahasiswa Melayu ini boleh didapati pada Bab Pencapaian dan Analisis
2 keratan akhbar di bawah sudah cukup menceritakan betapa mudahnya anak-anak Melayu mencapai keputusan cemerlang dalam akademik di peringkat universiti jika mereka benar-benar dibimbing dan ditunjuk jalan kejayaan. Dan pembaca bayangkan ini baru usaha 3 tahun, bagaimana usaha ini diteruskan lagi? Sepastinya kita akan melihat mahasiswa-mahasiswa Melayu Muslim akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mahasiswa bukan Melayu terutamanya mahasiswa berbangsa Cina (Sila baca: Bangsa Cina adalah yang paling maju akademik, sosial, politik dan ekonominya di Malaysia).
2 keratan akhbar di bawah sudah cukup menceritakan betapa mudahnya anak-anak Melayu mencapai keputusan cemerlang dalam akademik di peringkat universiti jika mereka benar-benar dibimbing dan ditunjuk jalan kejayaan. Dan pembaca bayangkan ini baru usaha 3 tahun, bagaimana usaha ini diteruskan lagi? Sepastinya kita akan melihat mahasiswa-mahasiswa Melayu Muslim akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mahasiswa bukan Melayu terutamanya mahasiswa berbangsa Cina (Sila baca: Bangsa Cina adalah yang paling maju akademik, sosial, politik dan ekonominya di Malaysia).
* Keratan akhbar Berita Minggu bertarikh 26
Ogos 2007 menceritakan tentang kejayaan anak-anak Melayu kumpulan kedua
Al-Ansar di mana 3 dari 6 orang yang menjadi Pemenang Hadiah Universiti Bagi
Konvokesyen UPM Ke-31 adalah dari FSKTM UPM - sila klik pada gambar untuk
paparan yang lebih jelas
*BACAAN TAMAT